Soalan Yang Biasa Kita Tanya Bila Beli Rumah

Soalan Yang Biasa Kita Tanya Bila Beli Rumah

Sebelum beli rumah, atau beli apa-apa, mesti banyak soalan yang kita akan tanya. Bukan apa, takut tersalah beli.

Di sini saya ringkaskan beberapa soalan yang biasa saya dengar daripada pembeli rumah. Semoga dapat membantu.

1)  Berapa harga rumah yang mampu saya beli?

Untuk harga rumah, bergantung  kepada pendapatan korang kalau nak buat pinjaman dengan bank. Tapi kalau beli tunai, harga adalah bergantung kepada simpanan anda sendiri.

Kita kira secara kasar, kebiasaannya untuk tempoh pinjaman 30 tahun dan pinjaman 90%, bayaran bulanan bagi harga setiap RM100,000  adalah RM500 sebulan secara kasar (bukan nilai yang tepat, hanya anggaran sahaja).

Kalau rumah harga RM300,000 maknanya, bulanan akan jadi lebih kurang RM1500. Untuk kewangan yang selamat, pastikan bayaran bulanan tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan korang. Jadi kalau bulanan RM1500, pastikan pendapatan korang lebih RM4500.

Tapi kena ingat, bank juga akan semak rekod pinjaman yang lain seperti loan kereta, kredit kad, pinjaman peribadi dan lain-lain.

Kalau ada pinjaman lain dengan bank, bank akan semak Debt Service Ratio dan tentukan berapa maksimum pinjaman yang korang mampu. Tapi kalau boleh janganlah ambil nilai maksimum tu. Rancang kewangan betul-betul jangan terseksa di kemudian hari.

Untuk tahu cara pengiraan DSR (Debt Service Ratio) dengan lebih lanjut, klik link di bawah

Cara pengiraan Debt Service Ratio (DSR)

Cara pengiraan Debt Service Ratio (DSR)

2)  Lokasi rumah ok ke tak?

Untuk tahu lokasi situ ok ke tak, buat rujukan awal terlebih dahulu. Pastikan kemudahan-kemudahan yang diperlukan korang seperti sekolah, pasaraya, masjid, jalan ke tempat kerja dan lain-lain boleh membantu memudahkan kehidupan korang sepanjang tinggal di situ.

Lepas tu, korang kena cek juga tempat tu selamat ke tidak. Banyak ke tidak berlakunya kes jenayah seperti rompakan dan sebagainya. Siapa yang tinggal di sekitar kawasan tersebut pun penting juga.

Bencana-bencana alam pun penting juga. Elakkan lokasi yang berkemungkinan tinggi akan berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Semak juga pembangunan di sekitar kawasan rumah tersebut untuk jangka masa panjang.

3)  Kalau harga rumah lebih daripada kelayakan pinjaman, boleh beli ke?

Boleh.

Tetapi, korang kena pastikan korang ada tunai yang mencukupi untuk bayar baki lebihan.

Sebagai contoh, harga rumah RM300,000. Kelayakan cuma RM250,000. Jadi, korang kena tambah duit sendiri sebanyak RM50,000

4)  Pinjaman bank biasanya berapa lama proses?

Kebiasaanya, proses cuma mengambil masa 1 minggu ke 2 minggu. Tapi bergantung juga kepada sesetengah bank dan persediaan dokumen yang korang buat.

Jadi, korang kena pastikan dokumen lengkap dan sedia untuk permohonan pinjaman. Lambat sediakan dokumen, lambat lah permohonan diproses.

Rujuk pihak bank untuk senarai dokumen yang diperlukan.

5)  Kalau bayaran bulanan tertunggak, macamana nak buat?

Kalau bayaran tertunggak, rujuk dengan pihak bank. Biasanya bank akan benarkan untuk buat struktur pembayaran balik. Kemungkinan tempoh pembayaran dipanjangkan lagi untuk rendahkan lagi bayaran bulanan.

Tapi sebolehnya elakkan situasi seperti ini.

6)  Kalau nama blacklist boleh beli ke?

Tak boleh kalau beli melalui pinjaman. Korang kena selesaikan dulu senarai hitam yang buatkan korang tak boleh beli rumah. Contoh loan kereta, PTPTN dan lain. Klik link dibawah untuk tahu cara selesaikan blacklist PTPTN dengan mudah.

Cara senang selesaikan blacklist PTPTN
Cara senang selesaikan blacklist PTPTN

Boleh kalau beli tunai.

Rujuk pihak-pihak yang terlibat untuk selesaikan senarai hitam tersebut terlebih dahulu.

7)  Kalau deposit tak ada, boleh ke beli rumah?

Yang ini susah sedikit. Untuk rumah sekunder atau subsale, nak atau taknak, korang kena sediakan juga deposit sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. 10% untuk deposit, dan selebihnya untuk kos-kos lain seperti guaman dan sebagainya. Kalau dapat tuan rumah yang ok, boleh nego untuk tunggu deposit sehingga loan diluluskan.

Nak tahu lebih lanjut, baca artikel

Beli rumah dengan kos minima

Untuk projek-projek rumah baru dengan pemaju lebih mudah. Ada projek-projek yang memberikan rebat dan discount . Tapi, korang kena sediakan juga booking fee. Biasanya booking fee projek undercon ni rendah dalam RM1000-RM5000. Boleh rujuk setiap projek perumahan dengan pemaju.

Korang juga boleh cuba nasib apply MyDeposit

MyDeposit
MyDeposit

.
.
Baiklah setakat ini sahaja dahulu perkongsian soalan yang biasa kita tanya bila beli rumah. Artikel ini akan disambung lagi. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Close Menu