RUMAWIP : Rumah harga rendah bertaraf kondo mahal? WOW!

RUMAWIP : RUMAH MAMPU MILIK WILAYAH PERSEKUTUAN

Untuk mereka yang bermastautin di Wilayah Persekutuan, terutamanya Kuala Lumpur, untuk memilik rumah sendiri adalah satu bebanan yang besar. Inikan pula untuk memilik rumah yang selesa.

Tapi, korang bertuah sebab korang layak untuk mohon RUMAWIP atau Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan! Atau pangsapuri bertaraf kondominium dengan harga yang rendah. Korang yang dah ada rumah di luar Wilayah Persekutuan pun masih layak memohon.

RUMAWIP diasaskan untuk pemilikan rumah pertama sahaja dan mensasarkan golongan berpendapatan rendah yang bermastautin di Wilayah Persekutuan, termasuklah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan tidak mempunyai rumah di Wilayah Persekutuan.

       1. HARGA

RUMAWIP dibina dari harga RM50k – RM300k dan terbahagi kepada :

a) Rumah Harga Rendah
– Harga Jualan (700 sqft – 3 bilik tidur)
– RM 52,000 (Labuan)
– RM 63,000 (Kuala Lumpur dan Putrajaya)

b) Rumah Harga Sederhana Rendah
– Harga Jualan 800 sqft (3 bilik tidur) dan 650 sqft (2 bilik tidur)
– RM 63,001 – RM 150,000

c) Rumah Harga Sederhana
– Harga Jualan 800 sqft (3 bilik tidur) dan 650 sqft (2 bilik tidur)
– RM 150,001 – RM 300,000

       2. SYARAT KELAYAKAN

a) Isi rumah pendapatan kurang RM15,000 (berkahwin) atau RM10,000 (bujang)
b) Berumur 21 tahun ke atas
c) Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 3 tahun
d) Untuk rumah pertama di Wilayah Persekutuan sahaja
e) Warganegara Malaysia

      3. SEKATAN

a) Tidak boleh dijual sebelum capai tempoh 10 tahun
b) Tidak boleh disewakan

Korang yang tinggal di Wilayah Persekutuan tu boleh lah cuba nasib daftar untuk RUMAWIP ni. Pemilihan akan dibuat berdasarkan cabut undi (ballot).

Yang bagusnya RUMAWIP ni, pembinaan adalah di kawasan ‘prime area’ dan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Apa lagi, korang boleh apply Projek Residensi Hektar, Jalan Gombak sekarang! Harga cuma RM300k.

Maklumat-maklumat ringkas Residensi Hektar

Luas : 850 sqft
Bilik : 3 bilik, 2 tandas
Parking : 1
Harga : RM300k

Klik https://www.bualhartanah.com/semak-kelayakan-permohonan-rumawip/ untuk semak kelayakan korang.

Untuk maklumat lanjut

  1. Semak kelayakan : https://www.bualhartanah.com/semak-kelayakan-permohonan-rumawip/

Jom mohon sekarang!

Leave a Reply

Close Menu