Pantang larang beli rumah. WAJIB TAHU!

Beli rumah ni bukan macam beli ikan dekat pasar. Lagi banyak ilmu hartanah anda tahu, lagi rendah risiko yang kena tanggung nanti. Insyaallah. Nak belajar ilmu hartanah, jom ikut Seminar Sedut Hartanah 2018.

Beli rumah pun ada pantang larangya. Baru tak menyesal di kemudian hari.

1. JANGAN MEMBAZIR

Sebelum beli rumah, kalau boleh jangan lah membazir. Kalau membazir, sampai ke bila la nak dapat rumah ataupun nak tambah rumah. Anda kena ingat, seeloknya sediakan deposit 16% daripada harga rumah untuk senangkan proses. Pinjaman lain kalau boleh tolak tepi dulu.

2. JAGA CCRIS

CCRIS kena jaga kalau nak buat loan rumah. Sebab tu kalau boleh elakkan pinjaman lain macam kereta atau pinjaman peribadi. Bila dah blacklist, nak buat loan jadi mustahil. Kalau blacklist, cuba selesaikan macam PTPTN.

3. JANGAN MOHON LOAN LEBIH DARIPADA KELAYAKAN

Untuk elakkan masalah hutang di kemudian hari, seeloknya ambil 30% sahaja daripada gaji kasar anda untuk bayar pinjaman rumah setiap bulan. Contoh, 30% daripada gaji RM3000. Maknanya, beli rumah yang bulanan untuk bayar cuma RM900.

4. ELAK BELI RUMAH DI KAWASAN BERMASALAH

Beli lah rumah di kawasan yang selamat. Elakkan tempat yang boleh mendatangkan masalah seperti banjir. Rugi nanti.

5. ELAK BELI RUMAH ALIRAN TUNAI NEGATIF

Yang ni sangat penting kalau anda beli rumah untuk pelaburan. Buat sewa terutamanya. Kalau bayaran dekat bank sebulan RM900, tapi sewa cuma RM800, bukan ke rugi ke namanya tu.

6. GUNA KHIDMAT EJEN HARTANAH

Untuk senangkan proses, gunakan khidmat ejen hartanah. Pastikan ejen yang sah untuk elakkan kena tipu. Ejen lebih tahu selok belok hartanah, jadi anda tak perlu untuk bebankan diri. Tunggu masa, rumah dapat.

7. ELAK BELI RUMAH LEBIH DARIPADA MARKET VALUE

Ingat, kebiasaannya bank cuma akan luluskan 90% daripada harga rumah. Lebih daripada tu, anda kena tambah sendiri. Beli rumah bawah market value. Boleh jimat banyak kos.

8. JAGA DEBT SERVICE RATIO

Nak tahu pasal DSR ni, baca dekat link ni. Kalau anda ada pinjaman dengan bank sebelum ni, macam kereta, kalau boleh maintain bawah 30%. Senang bank nak luluskan pinjaman rumah nanti.

Kesimpulannya, tambah ilmu hartanah. Jaga kewangan kita sebelum beli rumah.

Bak kata orang, payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi. Maksud dia, sebelum beli rumah ni, anda kena bersusah dahulu. Lama nanti dapatlah rumah tu. Jangan umur dah lebih 30 baru nak fikir pasal rumah. Orang lain dah senyum lega, anda baru nak garu kepala. Siapa yang rugi?

Sumber :

Intelligent Money Sdn Bhd
halalmoney.my

Amir Shahir
SiakapKeli

P/S : Gambar bukan pantang larang, tapi pantang tengok!

Leave a Reply

Close Menu