MYDEPOSIT : Deposit PERCUMA sehingga RM30K? WOW

Pernah dengar tentang MyDeposit? Kalau anda teringin nak beli rumah, mesti pernah dengar.

MyDeposit merupakan satu insentif kerajaan dalam memperuntukkan RM200 Juta bagi membantu rakyat memilik rumah pertama untuk membayar deposit yang. Banyak tu.

Walau macamanapun, MyDeposit ini ada syaratnya. Tak semua boleh apply.

  1. Pendapatan kasar hanyalah dari RM3000 ke RM15000
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Rumah pertama sahaja bagi satu isi rumah
  4. Warganegara Malaysia

Kalau anda layak untuk MyDeposit, tak semua rumah yang boleh dibeli. Syarat rumah pula :

  1. Rumah yang ingin dibeli mestilah berharga RM500k kebawah
  2. Projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang dana/insentif/dana kerajaan

Rumah yang tidak boleh dibeli menggunakan MyDeposit :

  1. Projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri (PRIMA/PPAIM/RUMAWIP/PPR)
  2. Rumah Mampu Milik oleh Kerajaan Negeri

Bila dah lulus permohonan MyDeposit ni, kerajaan akan bayar 10% daripada harga jualan ATAUPUN RM30k maksimum, atau mana-mana yang paling rendah. Bukan bayar dekat akaun peribadi, tapi dekat akaun pemaju atau peguam berkaitan.

Dan anda kena tahu, rumah MyDeposit ni ada sekatan yang mana tak boleh dijual dalam masa 10 Tahun.

Kesimpulannya, jom beli rumah laju-laju. Ingat, dana yang disediakan cuma RM200 juta. Lebih kurang 6600 orang sahaja. Siapa lambat, dana dah habis. RUGI.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke :

https://sprn.kpkt.gov.my/info/mydeposit

Nak tengok list hartanah, klik link dibawah!

Leave a Reply

Close Menu