MASTER VS STRATA : Hati-hati beli rumah!

Master Title? Strata Title?

Ramai saya tengok orang nak beli rumah terutamanya flat, apartment, condo, dll tak tahu tentang ‘title’ rumah yang nak dibeli. Kena tahu, jangan main bedal je, nanti tak dapat rumah tu!

Rumah atau hartanah yang dibuat di atas satu tanah tapi mempunyai unit berbeza seperti apartment, flat, condominium, townhouse, etc biasanya mempunyai title ‘Master’ atau ‘Strata’ untuk menunjukkan hakmilik hartanah tersebut.

       1. MASTER TITLE

Master Title adalah geran yang masih belum dipecahkan kepada nama pemilik sebenar (owner rumah).

Bangunan yang masih dalam proses pembinaaan adalah dibawah Master Title dan pemiliknya adalah pemaju itu sendiri

       2. STRATA TITLE

Strata Title adalah geran agihan yang telah ditukar nama kepada pemilik sebenar (owner rumah). Kebiasaannya geran ini diagihkan hanya selepas bangunan siap.

Untuk tukar hak milik, Memorandum of Tranfer (MoT) perlu dibuat. Tapi korang kena ingat, proses MoT boleh ambil masa berbulan. Bertahun pun ada. Memang proses ni makan masa. Lagi risiko kalau pemaju bancrupt. Lagi susah proses nak buat MoT atau tukar hak milik.

Tetapi, kalau unit rumah dijual oleh pemaju dengan Master Title, Deeds of Assignment (DoA) di Mahkamah Tinggi untuk pemindahan hak milik. Leceh kan?

       3. KENAPA STRATA ITU PENTING?

  • Banyak bank susah nak bagi loan kalau unit rumah tersebut masih di bawah strata title. Lebih-lebih lagi kalau unit tersebut sudah melebehi 10 tahun.
  • Proses jual beli mesti mendapat kebenaran pemaju kalau masih pakai master title.
  • Masalah untuk pengagihan harta.
  • Masalah untuk sahkan pemilik hartanah tersebut.
  • Unit bawah master title ni tak boleh bayar deposit pakai duit EPF

Kesimpulannya, cek dulu detail rumah yang korang nak beli. Jangan main bedal je. Sebab itulah ilmu hartanah penting sebelum korang membeli rumah korang untuk elakkan masalah.

Orang nak beli rumah korang pun nak beli rumah. Orang suruh belajar sikit je pun korang dah malas. Bila dah ada masalah, mula salahkan orang sekeliling. Renungkanlah.

 

Leave a Reply

Close Menu