Panduan beli rumah. WAJIB TAHU!

 

Ramai nak beli rumah tapi tak tahu caranya. Tak perlu bimbang, ramai PERUNDING HARTANAH yang akan bantu anda sehinggalah proses selesai.

Jadi, macamana caranya? Perkongsian untuk hartanah ‘subsale’ atau ‘secondhand’ :

1) SEMAK KELAYAKAN ANDA DAHULU

Sebelum beli, kena semak kelayakan samada layak atau tidak. Anda kena semak :

  1. CCRIS dan CTOS
  2. Debt Service Ratio (DSR)
  3. Anggaran kelayakan harga rumah maksimum

Boleh rujuk bank berdekatan untuk lebih tepat berkenaan kelayakan pinjaman. Kalau beli cash, tak perlu semak. Cash is King

2. PILIH HARTANAH IKUT KEMAMPUAN

Sebelum pilih hartanah, anda kena tahu tujuan membeli. Nak duduk atau untuk pelaburan?

Sebolehnya pilihlah ikut kemampuan. Untuk tidak membebankan, pilih hartanah berdasarkan

GAJI TAHUNAN x 5.5 = HARGA MAMPU RUMAH

Jangan pula gaji RM2000 nak beli rumah harga RM2 juta. Kena berpijak di bumi yang nyata. Kena redha.

Dah pilih, semak harga pasaran. Mana tahu anda boleh dapat rumah ‘below market value’!

Sebolehnya tengok sebanyak mungkin dan pilih yang paling sesuai. Rujuk perunding hartanah.

3) SEDIAKAN MODAL

Untuk lebih selamat, seboleh-bolehnya sediakan modal untuk beli rumah. Kalau boleh markup loan, dikira bonus.

Modal kebiasaannya 15-16% daripada harga rumah untuk Deposit, SPA, dan Duti Setem

10% deposit + 3% SPA + 2.5% Duti Setem = Modal Beli Rumah

Untuk mark up loan, boleh rujuk dengan perunding hartanah atau pihak bank.

4) SIGN DAN BAYAR BOOKING

Bila dah ada rumah pilihan, anda perlu tandatangan Offer To Purchase (OTP) dan bayar booking serta dapatkan Letter of Acceptance daripada pemilik rumah.  Perunding hartanah akan bantu anda dalam proses ini.

Booking kebiasaanya 3.18% daripada harga rumah.

PASTIKAN bayaran booking dibayar kepada syarikat perunding hartanah anda, bukan personal account siapa-siapa.

5) PERMOHONAN PINJAMAN BANK

Permohonan loan biasanya akan diuruskan oleh perunding hartanah melalui syarikat. Anda cuma perlu serahkan dokumen yang diperlukan.

Untuk permohonan sendiri, mohon pinjaman daripada sekurang-kurangya DUA bank berbeza.

6) LANTIK PEGUAM UNTUK URUSAN SPA

Lantik peguam yang arif dalam bidang hartanah untuk urusan Sales & Purchase Agreement (SPA).

Perunding hartanah kebiasannya dah ada panel lawyer untuk urusan SPA.

7) TANDATANGAN SPA DAN BAYAR BAKI DEPOSIT

Bila loan dah lulus, baru tandatangan SPA. Kemudian, bayar baki 6.82% deposit.

8) TUNGGU BANK DISBURSE

Tunggu sehingga bank buat pembayaran kepada penjual rumah

INGAT, sentiasa follow up dengan peguam atau perunding hartanah anda untuk mengelakkan sebarang masalah yang boleh melambatkan urusan.

9) AMBIL KUNCI

Bila urusan dengan bank sudah selesai, peguam akan uruskan pengambilan kunci

Belajar ilmu hartanah sebelum mula membeli hartanah

Kesimpulannya, semoga anda dapat rumah idaman anda!

Sumber :

Hartabumi.com 
Saja Kongsi 
Celik Hartanah 
Hartanah Wow 
Gila Hartanah

This Post Has One Comment

  1. Terima kasih share

Leave a Reply

Close Menu