Kira kelayakan pinjaman rumah tanpa perlu ke bank!

Ramai nak beli rumah, tapi takut tak mampu. Sebenarnya bukan tak mampu pun, cuma tak tahu.

Pertama sekali ramai yang tak tahu, layak atau tidak dan kalau layak, berapa jumlah pinjaman yang akan bank bagi.

Sebenarnya senang je. Sambil makan nasi pun boleh kira!

DEBT SERVICE RATIO (DSR)

Ini benda pertama anda kena tahu.

Debt Service Ratio atau DSR ini adalah tahap kemampuan korang untuk meminjam daripada bank.

Jadi, nak buat pinjaman pun kena la ikut kemampuan. Jangan pula gaji bersih RM3000 tapi nak beli rumah harga RM5 juta. Kena tahu kemampuan dan redha.

Peratus DSR untuk dapatkan pinjaman biasanya bank akan letakkan 70% (kadar berbeza ikut bank). Tapi untuk lebih tepat lagi, boleh rujuk dengan bank mana anda nak buat pinjaman.

Selagi tak lepas peratus yang ditetapkan bank, selagi tu lah peluang untuk buat pinjaman cerah.

CARA KIRA DSR SEMASA

Nak kira DSR (Debt Service Ratio) ni senang je. Ada beberapa formula asas.

Pertama sekali, anda kena tahu formula DSR :

Komitmen  bulanan / Pendapatan Bersih  X  100 = DSR

Formula ni lebih kepada untuk kira anggaran DSR semasa yang sedia ada. Contoh :

PENTING : Komitmen Bulanan : Hutang yang melibatkan CCRIS sahaja
                      Pendapatan Bersih : Selepas ditolak KWSP, SOCSO, LHDN, dan zakat

Contoh:
– Pendapatan bersih : RM3000
– Pinjaman kereta : RM 500
– Kredit Kad : RM 500
– Pinjaman PTPN : RM 200

Jumlah Komitmen Bulanan (RM1200) / RM3000 X 100 = 40%

Jadi, dekat sini DSR semasa adalah 40%. Cerah lagi peluang tu.

KIRA DSR UNTUK PINJAMAN RUMAH

Andai kata ansuran bulan rumah yang anda nak beli tu RM 1000 sebulan. Kita tambahkan je ikut kiraan di atas.

Komitmen bulanan sedia ada + ansuran bulanan rumah (RM2200) / RM3000 X 100 = 73.3%

Jadi, kalau anda nak beli rumah yang ansuran bulanan RM1000 (ikut contoh maklumat di atas), DSR jadi 73.3% dan potensi untuk gagal tinggi. Sebolehnya untuk selamat, cuba kekalkan DSR bawah 70% untuk lulus pinjaman.

KIRA HARGA RUMAH YANG ANDA MAMPU DENGAN DSR

Dah tahu DSR kan? Jadi bila dah tahu, anda boleh buat anggaran nilai rumah yang anda mampu beli. Caranya begini.

Pertama sekali, kira komitmen maksimum bulanan yang kita boleh ada setiap bulan. Kita ambil maksimum DSR 70%

DSR Maksimum / 100% X Pendapatan Bersih
70% / 100% X 3000 = RM2100

Maknanya, dekat sini komitmen maksimum setiap bulan yang kita boleh ada ialah RM2100. Ambil nilai ni tolak dengan komitmen sedia ada

RM2100 – RM1200 = RM900 (Baki komitmen akan datang atau ansuran rumah baru)

Jadi, kita boleh beli rumah dengan bayaran bulanan bawah RM900

Untuk tahu anggaran harga rumah yang kita mampu:

Baki komitmen x 200 = Jumlah pinjaman yang kita mampu
RM900 X 200 = RM180000

Jadi, anggaran rumah yang anda mampu adalah sekitar harga RM180000. Ingat, ini cuma anggaran, jadi senang anda nak cari rumah mampu milik. Untuk lebih tepat boleh rujuk dengan bank.

Harap anda boleh faham. Mohon share

Sumber :
Refinance Rumah
Amzed Development Sdn Bhd
Ikhwan Fahmi
Gila Hartanah

This Post Has One Comment

  1. TEST

Leave a Reply

Close Menu