Kesilapan Bila Beli Rumah – ELAKKAN

Kesilapan bila beli rumah?

Semua orang nak beli rumah. Ye lah sampai bila nak menyewa kan. Tapi, ramai yang buat kesilapan bila beli rumah. Malah, ramai yang buat kesilapan sama. Salah siapa?

Antara kesilapan yang biasa dilakukan :

 1. Beli rumah tak ikut kemampuan

Pada pandangan saya, perbelanjaan yang paling ideal untuk membeli rumah adalah dengan menggunakan 30% – 50% sahaja untuk bayaran bulanan bank. Kecuali kalau korang beli cash.

Jangan pula disebabkan gaji korang mampu bayar ansuran bank, korang terbeban. Yelah, katalah gaji RM3000, korang guna RM1800 untuk bayar ansuran bank. Balance gaji tu korang mampu ke nak tanggung perbelanjaan lain nanti?

Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri, jangan ukur baju bini jiran sebelah pulak. Hehe

2. Tak tahu kenapa beli

Ramai yang beli rumah tapi tak tahu kenapa beli. Samada nak tinggal terus atau nak sewakan kemudian. Korang kena hati-hati sebab kalau tak tahu, silap-silap masa akan datang korang akan rugi.

Sebagai contoh, kalau nak sewakan, korang kena pastikan rumah tersebut boleh tingkatkan modal dan pendapatan.

3. Tak buat bajet sebelum beli

Bab bajet ni, ramai yang skip. Bila dah beli, mulalah menyesal.

Sebelum beli, korang kena buat bajet untuk ansuran bank dan sebagainya. Kemudian baru boleh tentukan samada korang sanggup atau tidak untuk tanggung.

Dalam bajet ni juga, korang kena ambil kira kos-kos lain seperti ‘maintenance’, kos masa depan seperti perbelanjaan, tambahan ahli keluarga dan lain-lain.

Mungkin sekarang korang mampu, tapi untuk 10 tahun lagi korang mampu atau tidak? Ingat, rumah tak bayar, silap-silap kena lelong. Korang juga yang rugi.

4. Terburu-buru beli rumah

Orang lain beli rumah, korang pun mesti nak beli rumah. Tapi orang lain beli rumah secara bijak, korang pula beli sebab nak ada rumah semata-mata.

Korang kena pastikan korang buat kajian dan analisis dahulu sebelum beli rumah. Sebab rumah ni adalah satu aset yang korang akan simpan lama. Jangan jadikan rumah sebagai liability nanti.

5. Tak guna khidmat Ejen Hartanah

Bagi korang yang kurang faham berkenaan selok belok hartanah, gunakanlah khidmat Ejen Hartanah. Diorang lebih faham tentang selok belok hartanah. Takdalah korang buat silap banyak nanti bila nak beli rumah.

Tetapi, carilah Ejen Hartanah yang berdaftar dan boleh percaya. Takdelah kena scam nanti.

Leave a Reply

Close Menu