KESAN INFLASI VS HARTANAH

 

Inflasi boleh didefinisikan sebagai kenaikan am harga barangan dan servis.

Sebagai contoh, kalau dulu makan nasi lemak RM2 tapi sekarang dengan nasi lemak sama harga dah jadi RM4. Dulu roti canai 50sen sekarang rm1.50. Tapi gaji tak naik-naik jugak. Hehe

Maknanya, makin lama nilai Ringgit akan jatuh setiap tahun. Kadar inflasi Malaysia boleh dikatakan pada sekitar 1%-3%.

Ibaratkan RM100 10 tahun yang akan datang sama juga nilainya dengan RM10 sekarang.

Jadi korang rasa selamat ke kalau simpan duit cash dan tak boleh lari dari inflasi? Makin lama simpan makin menurun nilai dia.
.
So macamana nak SELAMATKAN DIRI daripada inflasi ni?

Salah satu cara dia adalah dengan pelaburan. Dengan pelaburan, pulangan yang korang dapat balik adalah sama dengan kadar inflasi. Dengan cara ni jugak, simpanan korang pun selamat. Nilai dia tak jatuh sebab ikut nilai semasa.

Kalau simpan duit cash, lepas 20 tahun nilai dia makin kurang mcm yang saya cerita dekat atas. Kalau sekarang RM10000 tu besar, 20 tahun lagi nilai tu dah jadi sangat rendah.

PELABURAN EFEKTIF?

Pelaburan hartanah adalah salah satu cara nak selamatkan diri daripada inflasi dengan berkesan. Setiap tahun harga rumah meningkat seiring dengan inflasi. Ibaratkan menyimpan duit juga tapi dalam bentuk hartanah.

Bila harga rumah meningkat setiap tahun, sewa pun meningkat. Tapi kebaikannya, nilai pinjaman asal tetap sama. Maksudnya, makin lama makin banyak untunglah kalau hartanah dan nilainya juga tak jatuh disebabkan inflasi

Leave a Reply

Close Menu