Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah, AMBOI – Altimet

“Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah, AMBOI” nanyi brader Altimet .

Amboi, makin famous lagu ni semenjak menang persembahan terbaik AJL 32 baru-baru ni.

Tapi lirik lagu dia makan dalam beb. Kalau kita tengok dunia sekarang, anak muda terutamanya. Sedih. Hidup bergaya bagaikan Jay Z, tapi hakikatnya “apa pun tarak”, cuma tinggal kerak. Amboi!

Kereta mewah, gaya mewah, awek mewah, semua nampak mewah. Tapi hakikat sebenar, rumah masih menyewa. Sampai bila beb?

Dulu, beli Proton Wira baru pun nampak mewah. Tapi sekarang dah jadi tukun dimamah usia. Korang pun sama. Makin lama makin tua. Dah tak larat nak bekerja nanti, korang nak buat apa?

Takkan masa tu menyewa lagi? Siapa nak bayarkan sewa kalau dah tak larat bekerja? Nak jual kereta yang dulu masa beli mahal belum tentu lagi ada harga. Kalau ada pun berapa lama boleh bertahan beb? Nak harapkan duit KWSP? Berapa lama boleh tahan?

Kereta dah jadi satu keperluan, tapi korang kena berpijak di bumi yang nyata. Jangan sebab nak bergaya saja sampai masa depan sendiri tergadai.

RUMAH MAHAL BEB. MACAMANA NAK BELI?

Memang rumah makin lama makin mahal. Tapi nak tunggu sampai bila? Ke sebab korang tak tahu mcmana nak beli rumah?

Padahal korang bayar kereta mewah korang setiap bulan tu lagi mahal daripada bayar rumah. Itu hakikat sebenar yang korang tahu tapi buat tak tahu. Janji bergaya. Amboi!

Sekarang banyak cara nak beli rumah mampu milik. Salah satunya RUMAWIP. Dahlah dalam kawasan Kuala Lumpur. Deposit pun bayar RM500 je. Dapat duit BR1M tu dah boleh apply dah. Jangan pergi main mesin judi pulak.

Kalau tak tahu jugak, cari mana-mana agent hartanah dan tanya. Diorang boleh bantu sampai korang dapat beli rumah yang terbaik untuk korang.

TAK ADA KERETA MACAMANA NAK BUAT KERJA?

Betul, kereta merupakan satu keperluan sekarang. Susah nak buat kerja kalau takda transport ni. Tapi janganlah gaji baru RM2000 sibuk nak pakai Honda bayar bulan-bulan RM1000. Takkan nak makan megi dengan sewa bilik je? Bila nak maju?

Belilah kereta mampu milik. Beli untuk keperluan. Tak salah pakai kereta biasa. Baik pakai kereta biasa, tapi ada rumah. Daripada kereta mahal tapi masih menyewa.

Nilai kereta tu makin lama makin jatuh. Nilai rumah tu makin lama makin meningkat.

Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa, AMBOI!” – Altimet

Sekadar coretan semata-mata.

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Leave a Reply

Close Menu