Hutang kereta punca rakyat Malaysia MISKIN?

Hutang kereta atau rumah? Mana yang lebih jahat?

Ramai anak muda sekarang lebih suka hidup bergaya dengan memilih untuk beli kereta dulu sebelum rumah.

Padahal sudah terang lagi bersuluh rumah lebih penting daripada kereta. Memang korang mampu beli kereta, tapi sanggup ke nak tambah lagi komitmen bulanan nak beli rumah?

Takpelah, korang kan mampu. Takkan sewa rumah sampai bila-bila tak mampu.

Orang bayar dekat bank RM1000 sebulan dapat rumah sendiri. Makin lama makin untung. Korang bayar sewa RM1000 sampai ke tua rumah tak dapat. Yang dapat kereta. Itupun nak jual balik harga dah jauh lagi murah dari harga asal.

Memang, bayaran bulanan kereta lagi murah daripada rumah. Itupun kalau korang pakai kereta murah lah.

Tapi korang pernah kira tak kos-kos lain yang korang kena tanggung? Contoh :

  1. Insurans
  2. Minyak
  3. Tol
  4. Service
  5. Parking
  6. Spare part kereta
  7. Kalau kereta rosak kena towing?

Nampak kan?

Kenapa beli rumah dulu baru kereta?

Senang je. Konsep dia adalah keperluan + harga + keuntungan + jaminan masa depan.

Sebagai contoh :

Korang beli satu kereta harga RM50k  10 tahun lepas, harga sekarang sudah jatuh sehingga RM20k (susut sebanyak RM30k). Bayaran bulanan pula lebih kurang RM600 sebulan. Silap-silap nak jual balik pun tak laku.

Belum kira kos maintenace kereta tu lagi. Kita ambillah kos penggunaan sebulan kereta tu RM1000 (minyak, parking, tol dan lain-lain). Bayaran bulanan dengan kos penggunaan sedar tak sedar dah jadi RM1600.

Kalau campur kos bulanan sepanjang 10 tahun lalu, masa tu korang dah terlebih layak kalau setakat nak beli condo dekat Kuala Lumpur. Contoh Seri Maya Condominium dekat Ampang, masa tu harga jual bermula dengan RM200k. Sekarang harga dia dah jadi RM400k.

Cuba kira balik. Kalau korang beli rumah dulu. Ambil contoh di atas. Beli dengan harga RM200k, bulanan baru dalam RM1000 (lagi rendah dari kos yang korang tanggung untuk kereta), sekarang korang dah untung RM200k.

Beli kereta bulanan RM600 dengan harga RM50k, sekarang harga dah jadi RM20k. Korang rugi. Belum kira kos bulanan lagi nak pakai kereta tu.

Kalau korang tak blacklist takpe lah, tapi kalau blacklist sebab tak boleh bayar kereta? Goodbye lah nak beli rumah.

Mana lagi bagus beli dulu? Kereta atau rumah?

Ini semua cuma pandangan semata-mata. Tak semua orang fikir yang sama. Sebenarnya semua bergantung kepada korang sendiri.

Tapi jangan buat pilihan yang salah. Cuma sebab nak nampak bergaya depan orang ramai, korang korbankan apa yang korang patu dapat dulu. Lepas tu nak menyesal tak boleh dah.

Rumah tempat kita tinggal, kereta tu cuma sementara.

PS : Harga di atas adalah harga anggaran terdekat sahaja.

Leave a Reply

Close Menu