“Baik Lupakan Pasal Pelaburan Hartanah” – Ikhwan Sulaiman

BAIK KAU LUPAKAN JE LA PASAL PELABURAN HARTANAH NI!

Banyak kali dah saya buat sesi minum kopi dengan client saya. Tapi yang paling menusuk hati adalah pasal En S minggu lepas.

“Aku terseksa dah bro. Tak sanggup lagi nak invest ni”.

Ni ayat En S dekat saya haritu.

Pesan En S, baik tak payah invest kalau korang tak ambil tahu pasal benda yang dia kongsi dekat saya ni.

1. NAFSU BESAR !

Kita bila nak melabur ni, tak salah bernafsu besar, tapi kenalah control sikit & ikut pada situasi dan kemampuan kita. Ni bila tengok otai-otai yang lama dalam industri invest gila-gila, kita main ikut je. Tak salah pun kalau kita nak mula dengan rumah kecil dan sederhana. Lepas tu upgradelah!

2. URUS GAJI DENGAN BETUL

Orang yang makan gaji ni tak salah pun kalau nak berbelanja. Tapi kena berpada-pada. Ni setiap bulan nak shopping, setiap kali cuti pergi holiday, kalau macam ni gaji besar pun tak cukup bro!

3. SIMPANAN OH SIMPANAN

Ha! Yang ni berkait point no 2 tadi. Gaji besar tapi belanja berlebih-lebih. Nak menyimpan jauh sekali. Masak ! Ingat, sekurang-kurangnya buatlah emergency saving 6 bulan gaji.

4. TAK ADA MATLAMAT PELABURAN

Bila orang beli rumah, korang pun main ikut jek. Tak tahu apa matlamat korang beli rumah tu. Orang lain macam-macam plan ada, kau nanti terkial-kial tak tahu nak buat apa. Masak !

5. STRATEGI KE LAUT !

Patut kita ni sebelum beli rumah dah prepare strategi pelaburan. Dah ada plan nak buat bila rumah tu siap nanti. Ingat, 50% sebelum kita beli rumah, 50% lagi adalah apa nak buat selepas rumah dah siap.

6. BANYAKKAN BERSEDEKAH

Ini padu, pesan dia benda ni kena rajin buat. Ringankan tangan untuk bersedekah. Insyaallah rezeki lain yang akan datang. Takkan miskin orang yang bersedekah.

Kesimpulannya, banyak benda saya sendiri belajar dengan En S ni, gaji 7 angka. Bagi kita gaji dah besar. Tapi disebalik tu banyak benda kita tak tahu.

Pesan dia lagi,

“Kita nak melabur kena ada ilmu. Dengar cakap kawan boleh, tapi kena buat penilaian, counter check. Kalau salah beli, berpuluh tahun terseksa bro”

Harap korang belajar sesuatu. Tag atau sharekan dekat kawan-kawan korang yang makan gaji & nak invest ni. Sama-sama kita tolong ingatkan.

Sumber : Ikhwan Sulaiman

Leave a Reply

Close Menu